MADIUS USUL PEMOTONGAN RM8.6 JUTA PERUNTUKAN KEMENTERIAN PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN UNTUK DIPINDAHKAN KEPADA UMS


KUALA LUMPUR: Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau (UPKO – Tuaran) telah menghantar usul pemotongan RM8,627,200.00 daripada peruntukan di bawah Butiran Penggerak Komuniti Tempatan (PeKT) di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

Beliau yang juga Presiden Pertubuhan Kinabalu Progresif
Bersatu (UPKO) mencadangkan agar jumlah itu dipotong daripada jumlah
keseluruhan sebanyak RM3,230,066,300.00 yang telah diperuntukkan.

Madius juga telah mengusulkan agar pemotongan RM8,627,200.00
itu kemudiannya diperuntukkan kepada Universiti Malaysia Sabah (UMS) di bawah Maksud
Pembangunan 64 – Kementerian Pengajian Tinggi di dalam Anggaran Perbelanjaan
Pembangunan yang disenaraikan di dalam Anggaran Perbelanjaan Persekutuan 2021.

Usul berkenaan dihantar kepada Setiausaha Dewan Rakyat Parlimen Malaysia, hari ini.

Untuk rekod, usul itu dibuat di bawah peraturan 66(9) Peraturan-peraturan Mesyuarat Dewan Rakyat dan ditujukan kepada Menteri Kewangan Malaysia. – https://beritasabah.com/





Source link

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *