MADIUS BERI SUMBANGAN KEPADA KELUARGA ARWAH YONG


KOTA KINABALU: Wakil rakyat yang prihatin adalah mereka yang sentiasa peka terhadap kesusahan yang dialami rakyat.

Demikianlah yang
ditunjukkan oleh Ahli Parlimen Tuaran, Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau.

Walau pun berada
di Kuala Lumpur bagi menghadiri Persidangan Parlimen Dewan Rakyat, beliau telah
menghantar wakil untuk menziarahi keluarga yang sedang berkabung akibat pemergian
seorang ahli keluarga tercinta.

Pagi tadi, Ketua
Pusat Daerah Mengundi (PDM) Tuaran Bandar, Terence Lee telah mewakili Madius untuk
menyampaikan salam takziah kepada keluarga arwah Yong See Kong.

Bertempat di KK
Tiong Hua Funeral Parlour, Terence hadir bersama ahli jawatankuasa PDM Tuaran Bandar,
Ted Chan dan Chris.

Terence kemudiannya menyampaikan sumbangan dari Ahli Parlimen Tuaran kepada waris keluarga mendiang. -https://beritasabah.com/





Source link

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *