LELAKI TEGUR RADIO DIPASANG KUAT DITIKAM


KOTA KINABALU: Gara-gara menegur radio yang dipasang kuat, seorang pembantu perkapalan menerima enam jahitan akibat ditikam di bahu kanan.

Kejadian berlaku kira-kira jam 2 pagi semasa mangsa berumur 27 tahun itu duduk bersama lima rakannya di Pelabuhan Sepanggar di sini.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner Habibi Majinji berkata, salah seorang daripada rakan mangsa kemudiannya mempelawa suspek yang berada di atas kapal untuk menyertai mereka di meja itu.

“Suspek kemudiannya datang sambil membawa radio yang dipasang dengan lagu kuat sehingga mangsa menegur suspek untuk memadamkan radio kerana bunyi bising.

“Suspek kemudiannya naik ke atas kapal sebelum kembali ke meja itu dengan memegang sebilah pisau dan menikam mangsa di bahagian belakang bahu sebelah kiri lalu melarikan diri.

“Mangsa kemudiannya dikejarkan ke Hospital Wanita dan Kanak-Kanak (HWKK) Likas oleh rakannya dan menerima enam jahitan, namun berada dalam keadaan stabil,” katanya.

Menurutnya suspek sudah dikenalpasti dan usaha mengesan suspek giat dijalankan.

Katanya kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana sengaja menyebabkan kecederaan dengan menggunakan senjata atau lain-lain benda berbahaya.





Source link

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *