KDN SEMAK DAN SIASAT PEMBERIAN KAD PENGENALAN KEPADA PTI DI SABAH


KUALA LUMPUR: Kementerian Dalam Negeri (KDN) Malaysia diminta menjelaskan tindakan yang telah diambil ke atas keterangan Jabar Khan berhubung pemberian kad pengenalan biru kepada Pendatang tanpa Izin (PTI) di Sabah.

Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau (UPKO – Tuaran) berkata, Jabar
Khan telah membuat keterangan berkenaan 26 Februari 2007 seperti yang
terkandung dalam hansard Parlimen.

“Saya minta KDN menyatakan tindakan atas keterangan Jabar Khan yang
menyatakan bahawa UMNO Sabah terlibat memberi kad pengenalan biru kepada PTI
dan menjadikan mereka pengundi,” katanya dalam pertanyaan lisan di Persidangan Parlimen
Dewan Rakyat, pada Isnin.

Menteri KDN, Datuk Seri Hamzah Zainuddin dalam satu jawapan bertulis hari
ini (Selasa) kemudiannya memaklumkan bahawa pihak KDN melalui Jabatan Pendaftaran
Negara (JPN) telah melaksanakan semakan semula dan siasatan berhubung daftar
kewarganegaraan.

“Ia termasuk memanggil semula pemegang Kad Pengenalan yang disyaki
dikeluarkan secara tidak teratur dan tidak sah.

“Proses semakan dilaksanakan secara berterusan dan Kad Pengenalan yang dikeluarkan
secara tidak teratur telah dibatalkan atas beberapa sebab antara lainnya sebab
kematian, tidak hadir untuk siasatan atau permohonan dibatalkan kerana tidak
memenuhi syarat kelayakan mengikut perundangan yang berkuat kuasa,” katanya.

Hamzah berkata, kerajaan telah menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Pendatang Asing
di Sabah (RCI) pada 06 September 2012 yang antaranya berperanan untuk menyiasat
pemberian kad pengenalan biru kepada pendatang asing tanpa izin (PATI) di Sabah.

“Siasatan dibuat dengan mengambil keterangan saksi namun tidak tertakluk
kepada pemeriksaan balas.

“Justeru, dakwaan bahawa terdapat kad pengenalan yang diberikan kepada PATI
adalah merujuk kepada kad pengenalan yang diperoleh dengan cara yang
mencurigakan atau dikeluarkan secara tidak teratur oleh sindiket dan orang yang
tidak bertanggungjawab, sebagaimana yang dibangkitkan oleh saksi-saksi dari
kalangan ahli politik, penulis, wartawan dan orang awam di dalam prosiding RCI,”
katanya.





Source link

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *